Pinky Blue Life!
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Testing testing
Minta maaf, ini bukan Aisyah, ini orang yang editkan blog dia. Saja mahu test sebenarnya. Harap Aisyah juga tak marah ya!

Sekejap ya!

INI DIA BLAQOUTE YANG DIBUAT OLEH PENGEDIT ^^

Written by me at 22:34 | 0 Pinkzluv{s}
Segmen Novel Cilik!

Paris, Attendez que je viens!


  Julia merenung kearah tingkap sambil duduk diatas bangku di biliknya. Memikirkan impiannya yang terpendam sejak kecil, melancong ke Paris. Ya, memang itulah kemahuannya. 

   “Tok, tok, tok,” pintu bliknya diketuk. 

   “Masuklah,” sambut Julia.

   “Assalamualaikum, merenung jauh nampak. Ada apa –apa ke itu? Kamu bercinta ya?” Puan Yasmin merangkap ibunya masuk dan terus duduk disebelahnya.

  “Waalaikumsalam, mana ada. Ke situ pula mama ini.  Saya cuma.. cuma.. saya cuma..,” 

  “Cuma apa?” belum habis Julia mahu nyatakan, ibunya terus masuk tanpa memberi signal. Sambil mencucuk pinggang Julia. 

  “SAYA MAHU KE PARIS!” jawabnya, terperanjat. Merah pipinya tanda malu. Jarinya pula menggaru kepala yang langsung tidak gatal.

   “Ke Paris? Kamu mahu buat apa?”  Pening sungguh dibuatnya. Julia mahu apa di paris? Siapa yang akan menemani Julia? Siapa yang akan membelikan tiket untuk Julia?. Satu persatu soalan timbul di kepalanya. 


Bersambung..



Written by me at 18:10 | 0 Pinkzluv{s}
2.0.1.5

Assalamualaikum!

 Tahun 2014 berlalu pergi, kini 2015 mengambil tempat. Pasti ramai yang berazam kan? Pastikan azam yang baik-baik. Jangan berazam perkara yang boleh terjerumus dalam maksiat. Jadi, kamu berazam apa ya? Boleh kongsikan dibawah ya. Iya, di ruang komen.

  Kelmarin ialah Hari Lahir Rasulullah kita yang tercinta, jadi sebagai hadiah kepada baginda. Kita perbanyakkan selawat ya. Insha Allah, akan dibalas ganjaran yang besar nilainya daripada Allah Subhanahu Wata'ala. 

Baiklah, sampai sini saja.
Bye!

Written by me at 19:06 | 0 Pinkzluv{s}
Assalamualaikum, Muslimat!

"Assalamualaikum, Muslimat!"

Assalamualaikum, saya Aisyah Sofea. Blogger muda dan warganegara, perkataan yang akan sering disebut oleh saya ialah "Assalamualaikum". Jadi selamat berkenalan dan Assalamualaikum.

Labels: ,


Written by me at 19:46 | 2 Pinkzluv{s}